Beg Sesuai Tubuh
Beg merupakan salah satu hal yang juga perlu anda
perhatikan dalam pemilihannya agar selain dapat digunakan secara secara selesa namun
ia juga harus dapat memberikan impak yang sesuai bagi si pemakai. Pelbagai
model dan ukuran bag tangan mulai dari backpack, cross bag, sling bag dan sebagainya
yang tersedia dalam berbagai model dan ukuran. Untuk itu sebelum kita memilih
atau membeli bag, kita perlu memperhatikan ukuran atau model beg yang sesuai dengan keperluan kita terutama sekali tubuh si pemakai.
Walaupun isu ini terlihat kecil namun ternyata dapat mempengaruhi
penampilan kita baik dari segi keselesaan mahupun fungsi . Dengan memilih model
dan ukuran beg yang sesuai dengan tubuh , tentu sahaja akan semakin
membuat penampilan kita terlihat lebih menarik dan sempurna.
Apalagi untuk para wanita, biasanya akan sangat teliti
sekali dalam memilih model dan ukuran beg yang akan di gunakan, beg merupakan salah satu hal yang tidak boleh ketinggalan dalam kombo tata
rias wanita, baik untuk kerja, berpergian, ataupun jalan-jalan.
Dengan pelbagai aktiviti sosial semestinya pemilihan beg yang tepat, baik dari segi fungsi mahupun ukuran perlulah di sesuaikan dengan bentuk dan ukuran tubuh kita.
Kurus& Tinggi
Untuk yang memiliki ukuran tubuh kurus dan tinggi, maka anda perlu memilih backpack, cross body, mahupun sebagainya dengan ukuran yang sederhana/sedang atau tidak terlalu besar. Kerana jika anda menggunakan beg dengan ukuran yang besar, selain akan membuat penampilan anda menjadi kurang menarik ia juga akan menjadikan anda terlihat lebih kecil di bandingkan dengan beg besar yang di gunakan.
Selain bertubuh kurus dan tinggi, anda yang memiliki ukuran atau bentuk tubuh gemuk juga sangat perlu memperhatikan ukuran dan model beg tangan yang sesuai agar beg tangan anda tidak membuat penampilan anda terlihat menjadi lebih gemuk.
Besar& Gemuk
Bagi anda yang bertubuh gemuk dan besar, maka hindarilah penggunakan beg tangan dengan ukuran kecil. Dengan menghindari ukuran beg tangan yang kecil maka akan membuat anda terlihat tidak lebih besar dari pada beg tngan anda. Dan anda disaran untuk memilih menggunakan beg tangan dengan ukuran yang cukup besar serta dengan pemilihan ukuran tali beg yang cukup panjang.
Kecil& Mungil
Berbeza dengan anda yang memiliki ukuran tubuh gemuk dan kurus tinggi, anda yang mempunyai ukuran tubuh kecil mungil juga harus memilih model dan ukuran beg yang tepat. Namun hindari penggunaan beg dengan panjang tali yang terlalu panjang. Jika bagi mereka yang bertubuh besar akan membuat diri bertambah besar jika memilih ukuran beg yang kecil, dan jika bertubuh kecil maka akan membuatkan anda terlihat semakin kecil jika memilih ukuran beg yang besar.
Langsing& Tinggi
Dan selanjutnya, bagi anda yang memiliki tubuh langsing dan tinggi, anda tidak perlu pening kepala dalam memilih model dan ukuran beg yang sesuai. Kerana anda yang memiliki tubuh tinggi langsing dapat dengan mudah memilih dan menyesuaikan model beg, mulai dari backpack, dust bag, tote bag dan sebagainya.
Dengan ukuran beg dan jenis beg yang sesuai maka selain akan membuat anda berasa selesa dalam beraktiviti, ia juga akan menambah impak dalam penampilan anda agar terampil lebih menarik dan fashionable.

Comments
Post a Comment