Membezakan Produk Asli dan Palsu

Produk asli dari barang-barang berjenama memang sukar untuk dibezakan dengan produk copy atau lebih- lebih lagi “AAA”. Ianya nampak persis sama sehingga sangat meyakinkan kalau yang palsu itu adalah asli.

Contoh tas tangan, kasut, pakaian hingga kosmetik kini telah banyak dihasilkan menyerupai produk asli.



“ Yang mahal itu tidak menjamin ianya yang asli”



Cuba cermati tanda-tanda asas produk asli pada barang tersebut.

1. Kasut Nike

Warna Nike yang asli tidak secerah yang palsu.
Nombor pada sneakers itu sendiri (label yang dijahit pada bibir bahagian dalam kasut) harus sesuai dengan nombor kotak / bungkusan.
Jika tidak, kamu sudah membeli yang palsu atau memang mahu yang “copy” pon..

2. Louis Vuitton

Semua beg tangan  Louis Vuitton memiliki cap pada label kulit dan memiliki kod khusus 2 huruf  dan 4 angka. Hanya ada 5 negara pengeluar bag tangan LV yang asli iaitu dari Prancis, Itali, Spanyol, Amerika Syarikat, dan Jerman.

Bahagian dalam beg tangan, warna di dalam saku, cincin untuk kunci, dan detail di dalamnya harus sesuai dengan warna tas itu sendiri.

3. Michael Kors

Bag tangan asli memiliki logam gantung yang bermutu dan cukup berat.
Sejak tahun 2015, perusahaan ini telah memasang tag dengan 10 digit di dalamnya.
Ini membolehkan ianya memberi tahu nombor model dan nombor pengiriman dan pembekal resminya.

4. Kosmetik MAC

Cuba amati, produk MAC dijual dengan kemasan yang berkilauan.

MAC asli memiliki reka dagang sendiri dengan font unik.
Logonya selalu ditempatkan di tengah, sedangkan yang palsu terletak lebih dekat dengan baghaian atas atau bawah.



Comments