MODEL HAMPIR TERJATUH DI KLFW2018 - RUZZ GAHARA

KLFW 2018, sudah pun melabuhkan tirainya pada hari terakhir 12 Ogos 2018. Pertunjukan fashion bertaraf antarabangsa terbesar ini, telah menarik pemerhati fashion tanah air juga dari seluruh dunia. untuk bertumpu di Pavilion , Kuala Lumpur fashion city terkemuka negara. Pelbagai label dan jenama telah di ketengahkan pada acara selama satu miggu ini. Antara yang mencuri perhatian adalah label- label authentic tempatan hasil cetusan artisan dari Pantai Timur yang kembali memberikan nuansa segar serta kelainan di pentas peragaan fashion. 

Dalam kerancakan trend copy & paste, industri sebenarnya semakin menuju ke arah zon “TEPU” di mana para designer tempatan berdepan cabaran “idea yang balik-balik itu sahaja”. Ada sesetengah designer sudah mengambil mood zon-selamat iaitu “sit back and watch”, mereka mahu menghadamkan apa lagi yang perlu di hidangkan kepada “fashion people” pada musim hadapan. Adakah masih mahu salin dan tampal dan masih mahu menyogokkan imej eksekutif pejabat memakai baju lace pengantin, ruffles, batu-bata penuh di dada juga hijab untuk hadir meeting atau majlis korporat (tidak sedar ruang). BORING... BORING....BORING....

Kembali kepada label tempatan yang menarik perhatian fashion people ialah jenama RUZZ GAHARA. Pemilik jenama ini telah lama berada dalam industri dan hampir mendekati usia sedekad, menampilkan percikan rona warna – warna vibrant di atas material sutera, juga cotton, “BATIK “ menjadi medium bagi jenama ini menyampaikan idea juga kecintaan mereka kepada hasil seni artisan tanah air, merujuk dengan lebih tepat origin produk ini berasal dari negeri Cik Siti Wan Kembang yang mahsyur dengan koleksi batik sejak berabad lamanya.

Masih mengekalkan teknik dan penghasilan batik secara tradisi dan asli, RUZZ GAHARA telah mempertaruhkan motif – motif batik yang lebih modern dan kontemporari cukup senang sekali di suai padan bukan sahaja bagi acara liburan malah “acceptable” untuk majlis rasmi dan keramain.

Batik eksklusif ini, di canting dengan motif – motif rekaan yang terhad khas bagi penggemar batik yang datang dari kelompok high society dan juga fashion forward . Bagi fashion people yang gemar pada rekaan ready to wear, RUZZ GAHARA telah mengeluarkan koleksi yang lebih casual dan santai sesuai-mood untuk mereka yang sentiasa  mahu kelainan dalam gaya harian dan tidak kekok untul tampil berbeza dari biasa.

Apa yang lebih menarik anda bukan sahaja dapat membeli produk batik semata-mata malah anda juga dapat menjadi sebahagian dari intisari dan jenama RUZZ GAHARA itu sendiri kerana di sebalik penghasilan motif-motif eksklusif yang di hasilkan, setiap motif akan membawa cerita dan pengalaman serta tafsiran berbeza bagi pencinta seni halus bercitarasa tinggi. U can even start a conversation with a strangers about the cloth u wearing? Why not? Who can do that with just a piece of garment!




MELOVEYOURLOVE.BLOGSOPT.COM




http://www.ruzzgahara.com/
https://www.instagram.com/ruzzgahara/?hl=en
https://www.fashionvalet.com/brands/185/ruzz-gahara

Comments