Tak perlu berhabis kalau hendak cantik.



Rutin rawatan wajah yang konsisten mungkin akan menjimatkan kos penjagaan kecantikan anda!

Ikuti 5 tips cantik tanpa makeup!

1) Tinted Moisturiser/ Pelembap

Apa beza Tinted Moisturiser dengan foundation? Pengunaan tinted moisturiser ianya lebih ringan dan lebih nipis berbanding foundation. Tinted Moisturiser juga melindungi wajah dan melembapkan kulit anda.

2) Toner/ Penyegar bebas alkohol.

Toner/ penyegar yang mengandungi komposisi alkohol boleh menjadikan keadaan kulit anda lebih teruk , berbanding toner yang bebas alkohol. Jadi pastikan anda membaca label indikasi produk sebelum membeli dan menggunakannya. Pada anda yang mengamalkan kehidupan aktif dan tidak banyak masa untuk membelai wajah, terdapar produk 2 in 1 yang membersih serta menyegar dalam satu penggunaan.

3. Vitamin C.

Vitamin C telah terbukti baik untuk kulit dan kesihatan kita. Penyediaan minum secawan air panas dan dicampur lemon boleh membantu anda mengurangkan jumlah radikal bebas yang masuk ke dalam tubuh anda, ia akan membuatkan anda kekal sihat dan cantik.

4. Nyah-bakteria jari/ tangan anda !

Kebiasanya tanpa sedar anda akan sentuh wajah, hidung, pipi, dan mana-mana kawasan di muka tanpa niat. Tahu atau tidak ianya adalah salah satu punca muka anda mula/mungkin akan tumbuh jerawat! Sebab jari dan tangan anda tidak bersih / tidak di nyah- bakteria selepas menyentuh sesuatu yang kotor. Bagi yang ada jerawat, 'whitehead' atau 'blackhead' jangan pegang atau cuba picit! .Amalkan penggunaan sterilizer lotion setiap kali selepas menggunakan tandas, memasak dan ativiti luar.

5. Scrub

Cuba scrub wajah sekali seminggu,  lakukan dengan lembut dan jangan terlalu kasar kerana kebanyakan  scrub sudah mempunyai butir – butir kasar untuk tujuan tersebut, selepas scrub sila bilas dengan air sejuk, dan lap dengan tuala bersih. Kemudian di ikuti dengan toner/penyegar wajah.

Good luck!!


Comments