TIPS BERFESYEN: TIPS PEMILIHAN PAKAIAN MENGIKUT BENTUK BADAN
Adakah anda sendiri tahu bagaimana bentuk tubuh anda? Kalau
tidak, mulakan sekarang dan kenali bentuk tubuh sendiri kerana anda akan
mendapat pengetahuan bagaimana cara untuk tampil bergaya dan menawan
bersesuaian dengan bentuk tubuh anda..
1) Bentuk Segi Tiga atau ‘Pear’
Bentuk tubuh ini biasa dimiliki oleh seorang wanita.
Bahagian pinggul adalah lebih besar daripada bahagian dada. Berikut adalah tips
pemakaian yang sesuai untuk anda:
·
Pilih pakaian yang mempunyai pelapik bahu yang
kecil/tanpa pelapik agar bahagian bahu kelihatan lebih luas.
·
Elakkan memakai skirt dan blaus yang terlalu
labuh kerana anda akan kelihatan lebar.
·
Untuk pemilihan warna, pakaian bahagian atas
hendaklah berwarna cerah dan pada bahagian bawah pula berwarna gelap.
2) Bentuk Segi Tiga Terbalik
Wanita dengan bentuk tubuh seperti ini mempunyai bahagian
atas badan yang lebih besar daripada bahagian bawah. Berikut adalah tips
pemakaian yang yang sesuai untuk bentuk tubuh ini:
·
Pilih skirt yang bergaris A, bertekstur garang
dan juga corak bergaris mendatar untuk menyeimbangkan bentuk tubuh. Disarankan
menggunakan seluar labuh/palazzo.
·
Pakai blaus yang berkolar luas. Pilih corak
pakaian dengan garis menegak dan fabrik yang bertekstur halus.
·
Pilihlah warna-warna yang gelap atau neutral
untuk bahagian atas badan. Elakkan memakai pakaian corak menyerlah.
3) Bentuk ‘Hour Glass’ atau Jam Pasir
·
Merupakan bentuk badan yang sempurna yang
mempunyai ukuran dada dan pinggul yang hampir sama. Perbezaan di antara ukuran
pinggang dengan dada dan pinggulnya adalah lebih kurang 25 sentimeter (10 inci)
kecilnya.
·
Anda boleh memilih apa-apa sahaja pakaian serta
fesyen kegemaran anda.
·
Untuk menyerlahkan lagi, pakailah pakaian dari
jenis fabrik yang lembut dan beralun. Dari segi pemilihan warna pula,
kebanyakan warna adalah sesuai.
4) Bentuk ‘Diamond’ atau Berlian
Bentuk badan seperti ini mempunyai bahagian pinggul atau
perut yang agak besar berbanding dengan bahagian dada. Berikut adalah tips yang
sesuai untuk anda amalkan:
·
Supaya kelihatan lebih kurus, elakkan daripada
memakai pakaian berwarna terang dan mempunyai corak yang menyerlah. Pilih warna
pakaian yang gelap dan corak yang sederhana.
·
Pemakaian aksesori labuh di bahagian leher juga
dapat membantu anda kelihatan lebih kurus.
·
Sekiranya anda ingin memakai gaun, pilih gaun
tanpa pinggang. Pemakaian vest yang terbuka juga turut membantu anda tampak
lebih kurus.
5) Bentuk Bujur Telur
·
Pilih pakaian yang mempunyai garis leher
berbentuk V, mempunyai corak garis menegak dan motif geometri yang sederhana.
·
Pilih warna yang neutral daripada gelap sehingga
sederhana.
·
Anda juga disarankan memakai kasut bertumit
sederhana tinggi.
·
Penggunaan aksesori yang berwarna-warni akan
membantu untuk mengalih perhatian dari bentuk tubuh anda.
6) Bentuk Segi Empat
Seseorang yang mempunyai garis pinggang yang kecil ataupun
tidak mempunyai pinggang. Untuk tampil lebih menarik dan anggun berikut adalah
tips untuk anda:
·
Pilih pakaian bahagian atas yang berlapik bahu
dan daripada fabrik lembut.
·
Seluar dan baju janganlah terlalu ketat dan
pilihlah baju dengan rekaan lebih pada bahagian bahu untuk kelihatan lebih
cantik.
·
Untuk pemilihan warna, rona senada adalah paling
sesuai untuk mereka dengan bentuk tubuh seperti ini.


Comments
Post a Comment